Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kerian 2024
13 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 OKTOBER 2024 telah berlangsung Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kerian 2024 di Laketown Bukit Merah. Program ini telah mendapat sambutan oleh penduduk setempat dan NADI Kluster Kerian juga dijemput untuk membuka kaunter pendaftaran ahli NADI untuk komuniti yang hadir.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya adalah belon kasih sayang, pancing botol, kupas kelapa, Funwalk, tangkap belut dan banyak lagi aktiviti menarik. Program ini berjalan dengan lancar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: